Tengok-tengok la kat sini

Thursday 11 September 2014

AYAH, BERAPA GAJI AYAH SEJAM?

Ini pun caption dari facebook Ebit Lew. OK ghasa sangat berguna untuk renungan bapak-bapak. Penah dengar crita ni tapi OK tak ingat kat mana. (credit to Ebit Lew)
 
 
Tadi saya jumpa pakar kanak-kanak checkup baby. Saya tanya doktor yang sudah lama. Beruban. Kenapa anak-anak kadang-kadang lambat bercakap. Antara jawapannya berdasarkan pengalamannya. Jawabnya dia perlukan seseorang yang dia inginkan bercakap dengannya untuk bercakap dengannya..contoh ayah yang selalu sibuk bekerja. Terutama anak lelaki. Dia rindukan dan perlukan ayahnya..dia nak ayahnya luangkan masa walaupun 10 minit setiap hari baca buku dengannya..
Teringat kisah seorang... ayah yang sangat sibuk bekerja kilang selalu pulang lewat. Mencari duit demi anak-anak dan isteri. Satu malam dia pulang lewat sangat..
Sampai pintu rumah dalam keadaan penat. Anaknya yang masih kecil bertanya di depan pintu
Ayah, berapa gaji ayah sejam?
Lelaki tadi sangat marah kerana penat. Dia tepuk anaknya dan sergahnya..apalah kamu ni, ayah penat kerja susah, kamu tanya gaji ayah sejam berapa..
Anak tadi menangis dan masuk bilik.
Selepas mandi lelaki tadi rasa bersalah dan dia masuk bilik anaknya yang berumur 7 tahun.
Ayah minta maaf yer anak. Kamu, ayah penat. Kamu tanya bukan-bukan. Lain kali jangan buat lagi..
Ayah, boleh saya nak tanya sesuatu?
Tanyalah anak?
Berapa gaji ayah sejam?
Ish itu pula soalan kamu. Gaji ayah sejam rm20 .
Tanya anaknya lagi. Boleh saya nak pinjam rm10.
Oo kalau kamu nak duit. Kamu mintalah, tapi jangan tanya bukan-bukan..nah ambil ni.tidur yer sudah lewat.
Baru ayahnya nak keluar.anaknya panggil. Ayah sekejap boleh..anaknya tiba-tiba ambil duit bawah bantal dan dicampurkan dengan duit ayahnya Rm10..dia kata, ayah boleh tak saya nak masa ayah satu jam untuk saya. Ini rm20..ayahnya menangis teresak-esak sambil peluk anaknya..
Berilah masa untuk anak-anak. Itulah saham akhirat kita. Cerita kebesaran Allah. Sunnah Nabi saw. Layan dan gembirakan mereka..pejam celik ish sekejap jer mereka dah besar..
Cara anak eja love = time...lagi kita beri masa itu tanda kita sayang..
Seorang bertanya dalam ceramah. Tuan, anak saya tak dengar cakap saya. Ish tak fahamlah saya anak-anak sekarang ini..
Ooo tuan kata tuan tak faham anak tuan, sebab tu dia tak dengar cakap tuan..
Bukan macam tu, begini, dia tak dengar cakap saya. Saya tak fahamlah perangai dia..
Betul lah, sebab tak faham dia, sebab tu dia tak dengar cakap..
Ya Allah berilah kami taufik untuk memberi masa berkualiti buat anak-anak kami-ebit lew www.keluargasunnah.com 14 september 2014 UPM. semua dijemput bersama. Lagi 3 hari insyaAllah. AHAD INI

Monday 8 September 2014

KEBAIKAN SEORANG ISTERI

TULISAN CAPTION DARI FACEBOOK EBIT LEW

Para-para suami boleh renung-renungkan. Terutamanya yang isteri suri rumah sepenuh masa.

Selamat membaca. Apa-apa sajala...
 

 
Seorang lelaki tanya saya. Ustaz, saya ada masalah rumahtangga yang besar. Isteri saya tidak bekerja. Lepas tu telinga saya ni dah tak tahan. 24 jam dia membebel. Asyik marah anak jer kerjanya..Anak 4 orang.Saya pun di marahnya. Saya dah hilang sabar.
Lepas tu asyik tanya yang bukan-bukan. Duit bagi asyik habis. Dia tak membantu saya ustaz.
Saya sayang dia. Tapi sekarang saya tidak bahagia. Macam mana nak bahagia ustaz kalau asyik stress macam ni? Tolong saya ustaz. Saya dah tak tahan sangat..
Betul abang nak tahu cara nak bahagia? Tanya saya..
Yer ustaz..
Bahagia ini Allah yang beri. Dia beri bahagia ke dalam hati bersyukur. Syukur ialah bahagia. Syukur dengan kurniaan Allah buat hati kita tenang..
Orang yang benar bahagia dari hati yang berterima kasih pada Allah..
Saya beri dia sehelai kertas. Cuba saudara tulis kebaikan isteri..dia kata entahlah ustaz..susahlah macam tiada jer..
Baik, saya sebut kebaikan isteri saya pada saudara.
Dia belajar tinggi-tinggi sampai umur 24 tahun. Dia lagi pandai dari saya. Dia boleh lebih maju dari saya dan menjadi orang hebat. Tapi dia pilih untuk menjadi orang belakang tabir hidup saya. Besarnya pengorbanannya...suri rumah ini sangat besar pengorbanannya. Pernah tak abang fikir sebenarnya rezeki yang Allah kurniakan kepada kita ini kerana ada orang di bawah tanggungan kita. Saya lihat ramai orang besar, rezekinya besar kerana Allah suka dia membantu keluarga dan pekerja yang ramai. Tapi saat dia tiada tanggungan semuanya berkurang dan berubah..Inilah iman.
Tiba-tiba dia mencelah. Erm betul lah ustaz..rezeki saya semakin bertambah. Bezanya sebelum kahwin dan selepas kahwin walaupun kerja yang sama. Rezeki makan minum yang melimpah ruah..
Wanita ini hebat tapi mereka berada di belakang kita. Sayu dan dahsyat pengorbanan wanita..
2 wanita dalam hidup saya hari ini yang sangat besar pengorbanan buat saya ibu pertamanya dan kedua isteri saya.
Wanita membebel kerana mereka rindukan kita. Terutamanya suri rumah. Mereka tiada kawan-kawan sangat melainkan anak-anak yang tidak dapat faham sepenuhnya perasaan mereka. Saya pernah diberi masa 5 minit nak ceramah perkara besar dan penting. Kerana semangat yang berkobar-kobar hasilnya saya cakap sangat laju dan tidak tersusun kerana saya nak cakap semua.perkara. Begitulah isteri kita. 12 jam mungkin mereka tunggu kita pulang dari kerja. Mereka ingin luahkan sesuatu. Jadi mereka cakap tanpa henti kerana berapa jam sahaja masa yang tinggal dengan kita..tiba-tiba kita marah. Sedihnya hati mereka....sudah tiada siapa lagi kerana kesetiaan mereka.
Kita jumpa ramai orang dan masih ramai kawan-kawan. Mereka sudah tidak seperti kita..mereka ubah semuanya..erm..
Hakikatnya apa yang Allah takdirkan buat kita adalah yang sebaiknya. Ramai orang sedar bila nikmat itu sudah tiada lagi..
Sebab tu sekali sekala kita kena bawa mereka keluar di jalan Allah tanpa anak-anak. Bawa mereka majlis ilmu. Hidupkan ta'lim rumah (BACAAN HADIS NABI SAW bersama keluarga contoh 9.30malam-10malam) insyaAllah rumah kita bercahaya. Hati mereka tenang..Itulah masa kita bersama.
Waktu malam dan setiap lepas solat kita doakan orang yang ktia sayang. Setelah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki ini. Kita mula berdoa untuk mereka dengan sayang sehingga air mata kita berlinang kerana dosa kita tidak bersyukur dengan apa yang kita miliki.
Dia mula salam saya dan kata terima kasih. Saya dapat apa yang ustaz nak sampaikan..kena syukur.
Betul, syukur kepada Allah yang baik. Dia beri semuanya yang sebenarnya baik tanpa kita sedari itulah yang terbaik buat kita suami baik isteri -ebit lew.Terbuka kepada semua
Keluargasunnah 2.0 / 14 September / UPM
www.keluargasunnah.com
Speaker
Syeikh Habib Ali Zainal Abidin.
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
PU Shahul
Rahman Lew
Ebit Lew
Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah-

Cukai Pendapatan & Manfaatnya di Jerman

 

Penulisan ni OK ada terbaca di blog www.khairulabdullah.com (credit to Tuan Khairul Abdullah). OK rasa di Malaysia ni mungkin memakan masa yang agak lama lagi untuk mencapai sistem percukaian macam kat German ni. Masih terdapat banyak ketirisan dari sudut percukaian. Ramai lagi penduduk (Warganegara dan Bukan Warganegara) tidak membayar cukai dan ramai juga yang sengaja mengelak dari membayar cukai.
 
Dari pandangan OK, percukaian ni penting untuk pembagunan dan untuk menguruskan negara dari segenap sudut seperti Pendidikan, Kesihatan, Kebajikan dan sebagainya untuk kesejahteraan penduduk Malaysia.
 
SAMA-SAMA KITA FIKIR DAN TENUNG...........selamat membaca.

tax germany
Semalam saya telah post satu status di facebook page saya mengenai cukai. Anak saya Khaleef yang baru berusia 6 bulan telah menerima surat dari pejabat cukai yang telah memberikan nombor pengenalan cukai khas kepada beliau untuk digunakan apabila beliau dewasa nanti. Saya turut bercerita secara ringkas tentang manfaat yang diterima oleh pembayar cukai disini seperti kos sara hidup yang agak rendah, tiada cukai jalan atau kenderaan, lebuhraya tiada tol, elaun bulanan bagi yang tidak bekerja yang mana menjadi faktor utama kepada ketiadaan kadar jenayah seperti meragut, merompak dan sebagainya.
Post tersebut telah mendapat respon yang luarbiasa dimana ramai yang memberi maklumbalas dan komen tentangnya. Kebanyakkannya membandingkan dengan sistem percukaian di Malaysia. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak, ada yang sanggup dan ada yang tidak, ada yang menyokong kerajaan dan ada yang membenci kerajaan dan macam2 lagi.
Jadi di sini saya cuba memberi kupasan ringkas namun secara lebih lanjut tentang sistem percukaian di sini dan manfaatnya kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara Jerman ini.
Siapa dikenakan cukai?

Secara amnya setiap rakyat atau sesiapa yang tinggal dan bekerja di Jerman ini tak kira lah tukang sapu atau makcik penjual sayur tetap dikenakan cukai cuma ada segelintir yang tidak dikenakan cukai seperti pegawai diplomat asing dan ada yang lain yang saya tidak tahu.
Setiap individu di Jerman akan mempunyai nombor identiti cukai yang diberikan khas setelah lahir. Seperti yang diterima oleh anak saya Khaleef ketika beliau baru memasuki usia 6 bulan. Nombor tersebut telah direkodkan di dalam sistem percukaian negara dan apabila Khaleef ingin bekerja kelak, beliau perlu pergi ke pejabat cukai dan mendapatkan “Tax Card” atau kad cukai yang mana di dalam kad tersebut akan mempunyai butiran terperinci menegenai kadar cukai berdasarkan kelas 1, 2, 3, 4, 5 ataupun 6 yang membezakan orang bujang, berkahwin, mempunyai anak, tanggungan lain dan sebagainya.
Surat dari pejabat cukai yang memberikan nombor identiti cukai kepada Khaleef
Surat dari pejabat cukai yang memberikan nombor identiti cukai kepada Khaleef
Bagi orang seperti saya, harus terlebih dahulu pergi ke pejabat cukai untuk mendapatkan nombor dan kad cukai tadi. Setiap majikan akan meminta kad cukai sebelum memberikan kerja kepada anda. Tanpa kad cukai maka anda tiada kerja. Teringat kisah mula-mula saya memohon kerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel, setelah ditemuduga saya ditawarkan kerja, namun setelah meminta butiran cukai (saya tidak tidak tahu) maka tawaran tersebut ditarik balik. Jadi saya harus ke pejabat cukai untuk mendaftarkan diri dan ditemuduga terlebih dahulu sebelum saya diberikan nombor dan juga kelas atau kategori cukai saya.
Berapakah jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar?
Terdapat beberapa jenis pemotongan yang dibuat setiap bulan yang merangkumi cukai pendapatan(Wage Tax) iaitu :-
  • Cukai pendapatan itu sendiri (wage tax) – sekitar 19%
  • Cukai gereja – sekitar 9% (bagi yang beragama kristian)
  • Surcaj perpaduan (Solidarity surcharge) – sekitar 0.6%
  • Keselamatan sosial (Social Security) – sekitar 20%
  • Jumlah keseluruhan cukai = 48.6% iaitu menghampiri separuh daripada pendapatan kasar bulanan.
Saya berikan contoh potongan bagi seorang jurutera muda yang bujang dengan gaji berjumlah €3,500 sebulan seperti dibawah:
German Wage Tax table
Bagi yang berkahwin dan mempunyai seorang anak pula, gaji bersih akan menjadi sekitar €2,450 sahaja. Mampukah mereka hidup dengan baki gaji sebanyak itu? Saya pernah membincangkan tentang kos sara hidup di Jerman. Sila baca di sini.
Dapat dilihat jumlah pemotongan cukai tersebut berjumlah €1,407.22 iaitu 40% daripada gaji kasar. Jumlah pemotongan bagi yang berpendapatan bawah dari €1,000 adalah sekitar 21% menjadikan pendapatan bersihnya sekitar €780. Sekiranya seorang pekerja sambilan yang bekerja sebagai pelayan setiap hujung minggu dengan gaji sekitar €450 pun tetap dikenakan cukai.
Tiada siapa pun yang akan terlepas dari membayar cukai ini yang dipotong terus setiap bulan oleh majikan anda.
Namun dihujung tahun nanti apabila penyelarasan cukai dibuat dan setelah segala pelepasan cukai dikemukakan maka lebihannya akan dipulangkan.
Manfaat yang diterima
Terdapat banyak manfaat yang diterima secara langsung atau tidak langsung melalui pemotongan cukai pendapatan ini. Manfaat ini boleh dilihat dari sudut ekonomi dan juga sosial dan ianya menjadikan Jerman ini sebuah negara maju dengan kuasa ekonomi terbesar di rantau Eropah ini.
Manfaat secara langsung
Manfaat ini dinikmati secara terus oleh rakyat atau pekerja di sini di mana mereka memperolehi:
1. Sistem penjagaan kesihatan yang terbaik.
Tiada klinik atau hospital kerajaan di sini yang ada cuma hospital swasta. Servis yang diberikan adalah terbaik yang mana semuanya dibiayai oleh insurans kesihatan yang dipotong dari gaji dan turut dicarum oleh majikan. Anda akan mempunyai perlindungan perubatan cukup komprehensif (mengikut piawaian antarabangsa) untuk membayar semua perjalanan ke hospital, doktor dan penjagaan pergigian asas dan ubat-ubatan yang ditetapkan dari farmasi.
2. Manfaat Pengangguran
Sekiranya anda hilang pekerjaan, anda akan dibayar 2/3 daripada gaji bersih terakhir anda setiap bulan sehingga anda mendapat pekerjaan baru.
3. Skim pencen
Setelah pencen ketika berumur 65 tahun, pencen akan dibayar setiap bulan berjumlah 70% daripada purata gaji anda.
4. Manfaat Kurang Upaya
Sekiranya anda menjadi seorang yang kurang upaya maka anda akan mendapat pelbagai kemudahan dan bantuan yang disediakan kerajaan.
5. Manfaat Kanak-Kanak
Setiap kanak-kanak yang lahir di Jerman layak mendapat “child benefit” berupa elaun tunai yang dimasukkan ke dalam bank setiap bulan berjumlah €184 (RM800) sebulan untuk setiap 2 anak yang pertama, €190 (RM 830) untuk anak ke-3 dan €215 (RM940) untuk anak seterusnya sehingga usia mereka 18 tahun atau sehingga usia mencecah 25 tahun sekiranya mereka masih belajar ketika itu.
6. Manfaat Ibu-bapa
Sekiranya seorang ibu atau bapa mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji selama 12 bulan bagi menjaga bayi yang baru lahir, elaun berjumlah 67% daripada jumlah gaji bersih akan dimasukkan ke dalam akaun setiap bulan bagi menggantikan gaji yang tidak dapat semasa tempoh bercuti tersebut. Bagi ibu yang tidak bekerja juga akan menerima elaun bulanan sekitar €300 sebulan.
7. Pendidikan Percuma
Pendidikan percuma bermula dari tadika sehinggalah ke universiti.
8. Tiada cukai jalan
Tiada cukai jalan atau roadtax dikenakan terhadap setiap kenderaan yang dimiliki. Harga kereta pun murah.
9. Tiada Tol
Jaringan lebuhraya “Autobahn” tanpa had laju dan tanpa tol diseluruh Jerman.
Manfaat secara tidak langsung
Pelbagai manfaat lain yang diterima secara tidak langsung dinikmati oleh semua rakyat atau sesiap sahaja yang tinggal di Jerman ini. Antara yang paling ketara adalah:
1. Kos hidup yang lebih rendah.
Boleh dikatakan perbelanjaan sewa rumah di sini adalah sama seperti di Kuala Lumpur dengan kadar nisbah 1:1 di mana sekiranya sebuah apartment di Ampang dengan keluasan 900 kaki persegi disewa dengan kadar RM1350 sebulan, maka di Jerman pun kadar yang sama iaitu €1350 sebulan untuk apartment seluas itu. Namun begitu, kos barangan laian seperti bahan mentah makanan, pakaian dan sebagainya adalah lebih murah. Saya pernah emnulis dan membincangkan kos sara hidup tersebut dan anda boleh baca di sini.
2. Kadar jenayah yang sangat rendah
Adalah amat jarang untuk melihat, mendengar atau membaca laporan akhbar atau di sosial media tentang kes ragut, rompak, rogol dan sebagainya. Punca utama jenayah tersebut telah dikekang dari awal iaitu penggangguran, kemiskinan, dadah, minuman keras dan juga seks. Faktor tersebut yang akan menyumbang kepada kadar jenayah di mana-mana negara di dunia ini. Setiap pengganggur diberi elaun serendah €750 sebulan dan setinggi €1500 sebulan berdasarkan kes. Bagi penagih dadah, kedai khas menjual dadah disediakan bagi mengelakkan aktiviti gangsterism yang berebut kawasan bagi mengawal aktiviti pengedaran dadah dan pelacuran. Jadi tiada gangster yang menjual dadah dan tiada kes berbunuhan dan bertembakan. Aktiviti pelacuran turut dikawalselia agar tiada unsur gangsterism dan kes-kes rogol dapat dielakkan.
3. Keselamatan yang terjamin
Tidak perlu risau untuk berjalan kaki seorang diri pada pukul 3 pagi untuk balik ke rumah dari pejabat atau dari mana2 sahaja. Faktor yang dibincangkan di atas menjadi penyebab kepada jaminan keselamatan ini.
4. Hidup yang lebih berkualiti
Wang ringgit bukanlah segalanya bagi rakyat Jerman. Dengan kos sara hidup yang rendah bagi mereka, walaupun bergaji bersih sekitar €1200 sebulan adalah cukup untuk menampung kos hidup di sini. Jadi mereka tidak bekerja secara keterlaluan sehingga lewat malam dan sebagainya. Usai jam 5 petang semua beredar pulang dari tempat kerja masing-masing. Kedai-kedai mula ditutup pada jam 7 malam kecuali restoran dan kafe yg ditutup sekitar tengah malam. Pada hari Ahad, semua kedai ditutup kecuali restoran dan kafe bagi memberi peluang setiap orang untuk menghabiskan masa bersama keluarga.
———————————————————————————————————————–
Kesimpulannya – cukai adalah tanggungjawab nombor satu semua rakyat atau sesiapa sahaja yang tinggal di Jeman ini. Tanpa cukai, adalah mustahil untuk menjadikan Jerman sebuah negara yang maju. Cukai pendapatan adalah pendapatan ke-3 terbesar kerajaan selain dari cukai-cukai lain. Dengan hasil cukai yang banyak serta pengurusan cukai yang cekap, maka rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan berkualiti.
Selain itu sikap orang Jerman itu sendiri yang berusaha bekerja keras bagi membantu membangunkan ekonomi negaranya. Mereka tahu setiap rakyat ada tanggungjawab masing-masing dan mereka berusaha memenuhi tanggungjawab tersebut. Sikap mereka yang lebih “maju dan islamik“ membuatkan mereka mencapai status negara maju dan menikmati hidup yang berkualiti. Sila baca tulisan saya mengenai sikap “islamik” mereka di sini.
Tulisan ini adalah sedikit perkongsian informasi agar kita sama-sama beroleh pengetahuan. Saya tidak membuat perbandingan dengan negara saya Malaysia dan jauh sekali untuk melecehkan atau memburukkan sistem percukaian atau pentadbiran percukaian di sana. Adalah tidak adil untuk membandingkan Malaysia dengan Jerman yang telah 100 tahun kehadapan dari segi kemajuannya…dan kita kini sedang berusaha menuju ke arah ngara maju. Yang mana baik kita jadikan tauladan dan yang mana buruk kita jadikan sempadan.
Sanggupkah anda membayar lebih dari 40% daripada gaji anda setiap bulan untuk mendapat kemudahan serta menikmati hidup yang lebih baik? ENTAHLAH…I Dont Know!
signature

Sunday 7 September 2014

NAFKAH SUAMI

Puan OK tag OK pasai benda ni tengahari tadi dan OK rasa Encik2 suami diluar sana mesti kena tau pasai benda ni dan jangan diabaikan.
 
 
Kesian kat isteri-isteri yang dok jaga kita hari-hari.
 
 
Dibawah ni post yg Puan OK tag tadi.
 
 
Harap-harap Encik Somi tak lupa.
 
Renung-renungkan Selamat Beramal